Elon Musk, pengasas syarikat terkemuka SpaceX yang membina roket dan kapal angkasa canggih. Tahukah anda anggaran kekayaan Elon Musk mencecah sehingga 153 billion dollar! Elon Musk dikategorikan sebagai individu yang genius dan mempunyai pengaruh yang besar.
     Disebalik kejayaan yang dikecapi beliau, kerja keras menjadi salah satu disiplin diri yang dijadikan pegangan. Elon Musk mampu bekerja sehingga 12 jam sehari! Selain bekerja keras, Elon Musk juga terkenal dengan kebolehannya untuk belajar.
     “Untuk menjadi seorang yang expert dalam sesuatu bidang, anda perlu belajar bukan satu sahaja tetapi pelbagai cabang ilmu”
     Elon Musk tergolong dalam golongan yang dipanggil ‘polymath’ iaitu golongan yang dilihat mendalami pelbagai bidang ilmu. Sama seperti Steve Jobs, Thomas Edison, Leonardo Da Vinci dan saintis terkemuka seperti Hooke dan Newton.
     Antara cabang ilmu yang dipelajari Elon Musk meliputi Kejuruteraan, Fizik, Reka Bentuk, Pembuatan dan Bisnes. Dan dengan menggabungkan idea berpandukan pelbagai cabang ilmu tersebut, Elon Musk menjadi seorang yang hebat!
     Anda mungkin seorang mekanik, anda mungkin mempunyai kemahiran mengesan kerosakkan kereta dan dengan mudah dapat membaikinya. Namun untuk bergelar seorang yang expert dan berjaya, anda masih memerlukan ilmu lain seperti kemahiran bisnes untuk memajukan bengkel dan kemahiran sosial untuk menarik pelanggan.
     Umpama tukang masak yang handal memasak, dalam masa yang sama perlu ada kemahiran komunikasi untuk menjalankan seminar dan perlu ada kemahiran teknologi bagi membantunya menjual produk masakan secara online.
     Pastinya anda sendiri pernah berada dalam situasi di mana melihat seseorang menjual atau menjalankan perkhidmatan dan anda merasakan anda mampu menjual atau memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
     “Anda mungkin pakar melukis, namun memerlukan kemahiran IT untuk memaparkan karya anda secara online”
     “Anda mungkin pakar bertukang, namun memerlukan kemahiran komunikasi sosial untuk menjaga hati pelanggan. Itulah yang membezakan kita semua”
 

SEMAKIN BANYAK BIDANG YANG ANDA PELAJARI, SEMAKIN EXPERT ANDA AKAN JADI

Untuk itu, berikut merupakan kunci yang diberikan Elon Musk untuk anda belajar dan kuasai apa sahaja bidang ilmu.
     “Sangat penting untuk anda melihat sesuatu ilmu itu seperti batang sebuah pohon. Perlu kukuhkan batangnya dahulu, kemudian dahan serta ranting, akhir sekali barulah daun. Ini kerana daun, ranting dan dahan memerlukan batang pokok yang kuat untuk bertaut”
     Jadi secara ringkas anda perlu belajar asas atau fundamental bagi sesuatu subjek terlebih dahulu. Kemudian setelah menguasai asas sesuatu bidang ilmu, barulah anda meluaskan skop pengetahuan bidang ilmu tersebut.
     “Ingat, fokus dahulu pada batangnya yang satu, bukan pada daunnya yang beribu”
     Kunci untuk menjadi expert adalah dengan adanya kemahiran/ kepakaran yang meluas dan ia hanya diperolehi apabila anda mempelajari pelbagai bidang ilmu.
     Dari situ anda akan jadi seorang yang expert kerana dapat mengintegrasikan segala cabang ilmu yang anda telah anda pelajari ke dalam kerjaya anda. Sama hebat seperti Elon Musk!