PERTAMA, hidup anda sudah lama bermula. Di usia 20an anda merasakan masih banyak masa terluang buat anda. Namun hakikatnya ia semakin berkurang. Setiap keputusan yang anda buat, tindakan yang anda lakukan, ia memberi kesan dan bakal mempengaruhi jalan hidup anda di masa hadapan. 
      KEDUA, jika anda sayangkan seseorang, persiapkanlah diri untuk merasai kehilangannya. Episod duka yang pasti berlaku kerana hakikat dunia yang sementara dan kelak, setelah kehilangan orang yang anda sayangi, bertabahlah, kerana ia sangat menyakitkan. Jadi persiapkanlah diri anda sekarang.
      KETIGA, ahli keluarga anda ialah orang yang paling penting dalam hidup anda. Akan tiba ketikanya anda menghadapi cabaran hidup dan merekalah yang bakal membantu anda. Oleh itu jaga, layan dan hargai mereka dengan sebaiknya. 
      KEEMPAT, abaikan kelemahan yang anda miliki. Sedar bahawa setiap manusia itu ada kekurangan. Terimalah kelemahan anda, kemudian fokus pada kelebihan yang anda miliki. Jadikan kelebihan anda satu kekuatan yang dapat menaikkan diri anda. 
      KELIMA, segala cita-cita, impian, memerlukan masa yang lama untuk dicapai. Jangan sangka impian anda mampu dicapai dengan sekelip mata. Semakin hebat impian anda, semakin banyak masa perlu dilaburkan. Berapa lama masa yang diperlukan untuk anda berjaya selalunya menjangkaui apa yang anda sangkakan. 
      KEENAM, peluang untuk anda berjaya sentiasa berada di luar zon selesa. Jadi biasakan diri untuk keluar dan lakukan sesuatu yang dapat mencabar diri anda. Orang yang hebat sentiasa mencari sesuatu di luar kebiasaan. 
      KETUJUH, tuah datang pada mereka yang bekerja keras. Perkara yang ajaib dan tidak disangka, sentiasa datang kepada mereka yang tekun dan gigih melakukan sesuatu. 
      KELAPAN, ada misi yang anda teringin laksanakan? Cuba lakukannya. Tiada masa yang paling sesuai untuk melakukan sesuatu perkara dengan memulakan langkah yang pertama sekarang. Jika anda melengah, itu tanda tidak serius. Oleh itu cuba buat sekarang. 
      KESEMBILAN, tenaga dan kemampuan anda terhad. Kurangkan berbuat sesuatu yang akhirnya mensia-siakan tenaga anda. Belajar untuk hanya gunakannya bagi melakukan perkara-perkara yang penting sahaja bagi hidup anda. 
      KESEPULUH, masa berlalu dengan sangat pantas. Sehingga anda sendiri tidak akan sedar ianya sudah berlalu meninggalkan anda. Semakin anda menyedari bernilainya masa, semakin beruntunglah anda berbanding orang lain.